BAHASA

Selamat sejahtera
Pada hari ini saya ingin menyahut seruan untuk menulis dalam bahasa ibunda saya
Saya cuma ingin mendapatkan pandangan bagaimana bahasa yang ditulis dapat diterima dengan jelas dan terang oleh semua orang.
Saya menyertai Steemit kurang dari sebulan yang lalu tetapi dalam masa yang singkat ini terdapat banyak pengajaran dan pelajaran yang saya pelajari.
Melalui landasan steemit ini bagi saya adalah sesuatu yang cukup bagus kerana dapat berinteraksi dengan kawan kawan baru, dapat pengetahuan tentang budaya,blog,tempat dan cara cara orang dari seluruh dunia.
Kredit kepada orang yang menbangunkan idea seperti ini.IMG_20170725_164745.jpg
Kredit juga kepada @dreamchasser dan kawan
yang menberi bimbingan dan tunjuk ajar.
Ya, saya setuju dengan pendapat sesetengah orang yang menyatakan bahawa, tulislah dalam bahasa anda iaitu bahasa ibunda anda supaya anda tidak tersilap dalam penulisan dan juga dapat mencerminkan ciri ciri anda yang tersendiri.
Tetapi setiap sesuatu itu berlainan penerimaan bak kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek
masuk kandang harimau mengaum'
Bagi saya itulah yang saya cuba sampaikan walaupun ada kecacatan dalam tulisan tetapi maksud dan mesej yang ingin disampaikan perlu sampai ke sasaran tuju.
Sekian nukilan dari saya dari atas bukit tinggi.

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
13 Comments