Rakyat Malaysia Perlu Kenal Steemit
Steemit masih perkara baru bagi pengguna laman sosial di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia masih tidak tahu berkenaan steemit sama ada cara penggunaan, pendaftaran dan kaedah tepat penggunaan 'platform steemit'.
Malahan mereka yang tidak memahami laman sosial steemit mengatakan " ini MLM (multi-level-marketing). Kerana mereka tidak percaya dengan 1 posting sahaja boleh menjana pendapatan sampingan. Memang tidak masuk akal bagi orang yang tidak mahu masukkan ilmu dalam akal mereka. Hehehe....
Dah nak masuk 2020, cari la benda berfaedah dan berfikir di luar kotak.
Sebenarnya lebih baik dapat bayaran daripada tak dapat bayaran, contohnya facebook dan instagram. Bertahun guna, 1sen pun tak dapat apa-apa, malahan pemilik syarikat untung sampai Trillion Ringgit Malaysia.
Perkara Utama Selepas Mendaftar di Steemit
- Bergabung Bersama Komuniti Tempatan
- Ini adalah perkara yang sangat penting jika anda ingin terlibat serius dalam menyampaikan pengisian posting anda. Kerana mat salleh tak faham bahasa Malaysia, jadi siapa nak vote posting anda. Penat lelah keringat fikiran anda tidak mendapat ganjaran apa-apa, pasti anda kecewa bukan?
- Di Malaysia terdapat komuniti yang menyokong penuh penulis dalam bahasa Malaysia iaitu Steembahasa. Untuk penerangan lanjut berkenaan komuniti Steem Bahasa, anda boleh click tulisan biru Steembahasa.
- Mengikuti Projek dan Perjalanan Komuniti Dalam Apps Discord
- Discord Apps adalah platform luar steemit, di mana pengguna steemit dapat berinteraksi, membantu upvote sesama komuniti secara ilmiah.
- Click link ini untuk mendaftar masuk dalam komuniti SteemBahasa :- https://discord.gg/Uu6gugE
Kenapa Kena Join Komuniti?
Kan tadi saya dah terangkan... Sape nak tengok posting kita kalau tak ada orang faham bahasa kita, bukan senang orang nak bagi free upvote kat orang yang mereka tak kenal. Nilai upvote juga sangat terhad bagi seorang pengguna. Saya akan terangkan berkenaan upvote pada posting saya akan datang.