Aktiviti bersama dengan anak-anak di hujung minggu.

Olaf




Video: Bagaimana hendak melukis Olaf




Cerita 1:

Pada hujung minggu yang lalu saya telah melakukan aktiviti melukis bersama dengan anak-anak dan anak saudara di kampung. Saya mengajar mereka bagaimana hendak melukis Olaf.




Saya berpuas hati kerana mereka dapat menerima tunjuk ajar dengan senang dan dapat memahami setiap langkah-langkah semasa melukis gambar Olaf. Mereka sangat gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru pada hari itu. Sila rujuk gambar diatas, mereka sangat seronok dan gembira ketika melukis. šŸ˜€




Cerita ke-2:

Pada hari jumaat yang lalu, saya menyuruh anak-anak saya melukis lukisan bebas di rumah. Inilah hasil lukisan mereka.




Watak "Peashooter" kiri,.... tu saya yang warna, dia tidak suka sebab tidak seperti yang original.. Lesson learned... Fikiran dan cita-rasa anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan šŸ˜‚šŸ˜‚

Anak ke-3 dari 3 adik-beradik, namanya Ethan (8 yrs). Dia suka melukis gambar watak game. Contohnya seperti gambar diatas.. Gambar itu adalah watak dari game "plant vs zombie". Selain itu dia juga suka melukis watak "Five Night at Freddy" , "minecraft" dan banyak lagi.




Ini Amber (9 yrs)


Hasil lukisan Amber.

Sebenarnya saya kagum dengan hasil lukisannya, Walaupun kamu melihat lukisan ini biasa saja, tetapi ia dihasilkan oleh budak yang berumur 9 tahun. Saya berpendapat bahawa dia mempunyai bakat melukis. šŸ¤”šŸ¤”


video Amber melukis.
p/s: Ethan ambil video. Lagu pilihan amber dari
Alan Walker -Alone




Ini hasil lukisan anak pertama saya, Isabelle (11yrs) Dia jarang melukis. Dia lebih suka menulis cerita.


Kesimpulan dari aktiviti ini.

Saya menyuruh mereka melukis kerana saya tidak mahu mereka bermain online game sahaja. Dengan melukis, mereka dapat memupuk minat pada seni dan kreativiti, di samping itu, ia adalah cara yang seronok untuk belajar benda-benda yang baru dan dapat meningkatkan perkembangan otak.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang anak-anak boleh belajar dari ibubapa, ini kerana Ibubapa adalah guru pertama untuk anak-anak. Oleh itu, kita sebagai ibubapa perlu meluangkan masa dan melibatkan diri dalam aktiviti mereka kerana anak-anak mula belajar dan berkembang dari rumah.

Selain melukis, terdapat banyak perkara yang anak-anak boleh belajar dari ibubapa, Contohnya menguruskan rumah (menyapu, mencuci pinggan & magkuk, melipat kain etc.), membaca, bermain "board games", bernyanyi (karaoke, bermain alat music), melakukan aktiviti luar rumah (memancing, bermain bola, mencuci kereta) dan banyak lagi. Semua aktiviti itu adalah sangat berfaedah.

Semasa melakukan aktiviti, kamu bolehlah berbual-bual dengan anak-anak. Contohnya jika kamu melakukan aktiviti melukis, cuba tanya apa yang dia sedang lukiskan ataupun tanya apa makna disebalik lukisan tersebut. Kamu pasti akan terkejut dan kagum dengan cerita dari hasil lukisan mereka. Walaupun lukisan itu sangat ringkas, mereka dapat bercerita dengan panjang lebar. Kadang-kala kita tidak akan terfikir dengan apa yang mereka ceritakan kerana imaginasi mereka sangat tinggi. (kamu boleh cuba kalau kamu tidak percaya šŸ˜‚šŸ˜‚)




P/s: Saya ada membuat "steemit account" khas untuk anak-anak saya, tetapi dijaga oleh saya.
šŸ†” @abellehera




Terima kasih kerana sudi membaca blog post saya :)

H2
H3
H4
3 columns
2 columns
1 column
7 Comments