Hi apa khabar semua, hari ini saya menulis artikel mengenai pertandingan "doodle" by @coloringiship.
Sebenarnya saya belum pernah melukis Doodle, saya cuma pernah mewarnanya. Tetapi selama ini saya tidak mengetahui apa sebenarnya gelaran atau nama untuk jenis lukisan tersebut.
Selepas melihat @coloringiship melukisnya, barulah saya tahu lukisan yang saya warnakan selama ini adalah Doodle. Untuk pengetahuan kamu, @coloringiship ada membuat banyak tutorial mengenai doodle. Kepada sesiapa yang ingin belajar bagaimana hendak melukis doodle, kamu boleh merujuk steemit blog post nya...
Sebenarnya, kemarin saya telah melukis Doodle. Tetapi, terjadi satu peristiwa yang melucukan sehingga saya ingin berkongsi dengan kamu semua.
Ini anak saya yang ke-2, berumur 9 tahun. Namanya Amber. Amber suka melukis dan mewarna menggunakan cat air. Semasa saya melukis kemarin, dia datang dan melihat saya melukis doodle dan saya sempat menerangkannya bagaimana hendak melukis doodle. Dia merasa tertarik lalu mengatakan hasratnya untuk belajar melukis doodle. So dengan tidak membuang masa, dia pun melukis dengan tekun.
Semasa melukis, saya dapat rasakan kaki saya kebas macam ada semut-semut. So saya mengambil keputusan untuk berhenti melukis sebentar dan menuju ke ruang tamu untuk berehat. Tidak lama kemudian, Amber memanggil saya dan memberitahu saya, bahawa dia telah menolong saya melukis doodle. dia melukis di kertas yang saya lukis tadi.
Dengan tidak membuang masa saya belari ke arah meja dan melihat lukisan tersebut. Saya amat terkejut, mahu marah tetapi tidak jadi marah, saya cuma ketawa 😂😂. Dengan bangga Amber memberitahu bahawa dia telah menolong saya melukis dinosaur di dalam air dan menceritakan apakah makna lukisan yang dia lukiskan itu.
Begini ceritanya:
Pada suatu hari Si Dino pergi ke tasik untuk berenang. Dino sangat sukakan air, bermain dan berenang di dalam air. Tiba-tiba dia ternampak bintang di langit yang sedang jatuh. Dino merasa amat takut lalu menutup matanya sambil membuat wish. Dino berharap bintang itu tidak terkena dengannya dan berharap bintang itu bertukar menjadi bunga yang cantik. Selepas Dino membuka matanya, ia melihat banyak bunga yang cantik sedang jatuh dari atas langit. Dino sangat gembira kerana hajatnya tercapai. (bukan begini cara Amber bercerita, tetapi semua isi ceritanya adalah sama, saya buat karangan berdasarkan ceritanya )
Saya cuma melukis bunga, yang lain idea si Amber dengan Dinonya