Hari ini saya ingin berkongsi resepi Peria goreng rangup. Resepi ini sangat senang dipelajari dan semua bahan-bahan boleh didapati di pasar.
Bahan-bahan
- 2 biji peria
- 2 biji telur masin.
- garam
- tepung kanji
- minyak masak
Sediakan 2 biji peria yang segar.
Source:Google Image.
Potong peria dan buang bijinya.
Hiriskan seperti dalam gambar. Rendamkan peria di dalam air garam selama beberapa minit, toskan.
Salutkan peria ke dalam tepung kanji bersama sedikit garam dan perasa yg lain.
2 biji telur masin direbus. Apabila sudah masak, ambil telur yg kuning sahaja... Hancurkan kuning telur.
Gorengkan peria ke dalam minyak masak.. (Masukkan peria sikit2 .. Jangan masukkan semua nanti peria melekat antara satu dengan yang lain.)
Angkat peria yang sudah digoreng kemudian gaulkan kuning telur dengan peria sementara peria itu panas.
Walaaaa...
Sedap dimakan ketika panas dan rangup.
Selamat mencuba. Sekian dan terima kasih.